Sambutan Majlis Istiqbal Ramdahan 1431H telah selamat diadakan dengan meriahnya pada 06 Ogos 2010 yang lalu. Kemeriahan jelas terasa dengan setiap Program membawa pot luck makanan yang telah ditetapkan yang mana setiap satunya amat lazat dan enak dimakan. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil oleh warga IMATEC yang beragama Islam dan seterusnya diikuti dengan jamuan makan.
Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada warga IMATEC yang beragama ISLAM.
"Sesi bacaan Yasin dan Tahlil" |
"Antara menu potluck yang dibawa pada hari tersebut." |
"Bersiap sedia untuk mengambil juadah." |
"Sempat lagi membelek suratkhabar sementara menantikan giliran." |
"Antara port kegemaran untuk makan beramai-ramai." |
"Yang ni lagi syiok mengadap depan makanan terus.. :D" |
"Orang kuat dapur sedang mencuci pinggan. :)" |
"Apa saja yang diborakkan tu?" |
"Kerusi tak cukup, duduk bersimpuh pon jadi la..:D" |
"Hm.. semua kuih nak dirasa.." |
"Demo keno ghaso dadih ni sedakk (sedap).. kata En.Sukiman :D" |
"Meh kita cuci mulut ngan buah pulak." |
"Pose ceria dua Ketua Program." |
"Sambil makan sambil membincangkan hal negara." |
Nota: Gambar ihsan dari koleksi Pn. Roszaini dan Cik Fatihah.
0 comments:
Post a Comment