{CONTEST} PERADUAN MENCIPTA LOGO IMATEC

Warga IMATEC,

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai julung-julung kalinya peraduan yang akan mengasahkan lagi bakat kreativiti anda di samping menyumbang sesuatu kepada IMATEC. Satu peraduan Mencipta Logo IMATEC kini dilancarkan oleh BIRO SOSIAL - AJK KELAB IMATEC 2010.

Berikut adalah syarat-syaratnya:-


1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 

(a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Pusat ICT yang berminat dan berdaya kreatif tidak terhad umur dan gred jawatan.
(b) Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan bersama borang penyertaan.
(c) Kriteria Pengadilan Bercirikan : Visi dan Misi IMATEC dengan menerangkan maksud warna-warna latar logo ciptaan yang digunakan berdasarkan fungsi dan peranan IMATEC.
(d) Semua ciptaan logo hendaklah asli dan tidak di cetak dimana-mana ruangan media bercetak.
(e) Logo yang dicipta hendaklah berukuran 6 inci x 6 inci dan ditampal atau dicetak di atas kertas A4.
(f) Maksimum bilangan warna yang digunakan dalam reka cipta logo adalah tiga (3) Warna tidak termasuk hitam dan putih. Warna tersebut adalah Biru, Merah dan Jingga.Tulisan boleh dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah boleh dibaca.
(g) Logo boleh dicipta dengan menggunakan grafik komputer mengikut standard JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan.
(h) Tandatangan serta nama peserta hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. (nombor i/c jika perlu)
(i) Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk “soft copy” (CD) dan “hard copy”.

2. TUNTUTAN HAKCIPTA

Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ‘HAK CIPTA’ Pusat ICT, INTAN Bukit Kiara.

3. HADIAH

Semua penyertaan akan menerima sijil Penghargaan dan peserta yang berjaya akan menerima hadiah sumbangan daripada pihak Kelab IMATEC.

4. TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2010, dan penyertaan bolehlah dihantar kepada ajk  berikut:-
a) Cik Tantianayana bt Zakaria - tantiana@intanbk.intan.my (7870)
b) En. Hasimi bin Sallehudin - hasimi@intanbk.intan.my (7806)
 



0 comments: