Seorang lagi pegawai IMATEC kita telah selamat menerima cahayamata sulung beliau pada 26 Julai 2010 (Isnin) yang lalu pada pukul 5.17 petang di Hospital Pakar Al-Islam, Kg Baru, Kuala Lumpur. Pegawai yang kini bergelar "BAPA" itu tidak lain tidak bukan EN. MOHD KHAIRUL BIN AHZANI, dari Program PPTICT.
Dimaklumkan isteri dan anak lelaki beliau telah pun discaj dari wad dan kini berada di kediaman mereka di Cheras. Sehubungan itu, mana-mana pegawai yang berminat untuk menziarah bolehlah berhubung dengan En. Khairul kerana dijangkakan pada Rabu hadapan isteri dan bayi beliau akan pulang ke kampung untuk berpantang.
Kalau kawan-kawan semua nak tahu, bayi lelaki En. Khairul ni merupakan junior IMATEC yang ke-4 dilahirkan bagi tahun 2010 ini.. Tahniah dari IMATEC kepada En. Khairul... (^_^)v !!
comelllllllnya baby...(gambar ikhsan dari Fesbuk) :)
4 comments:
Tahniah Khairul.. anak bapak ni. Ada iras ayah dia la..
tenkiu kak as...saya nk mintak petua dari kak as nih..camner nk jaga ibu yg ceaseran..
Tahniah Khairul, semoga mama dan baby sihat.
khairul... akak makan pati ikan haruan almost 20 botol la jugak.. pastu at makan ikan haruan. Buat sup ke.. bakar ke...
Penjagaan luka ceaserean tu pulak.. bila mandi biar kena air macam biasa dan kena makesure tempat luka tu kering. Elakkan dari berpeluh, sebab boleh menyebabkan luka tu gatal nanti..
Jangan angkat berat2.. jangan duduk bangun laju2.. just hati2 la. Kalau boleh pakai abdominal support, beli kat mana2 farmasi. Yang ni untuk elak perut bergerak dan luka dalaman lambat baik.
Post a Comment